THE FATHER OF KINDERGARTEN

 Pernah kah anda tertanya-tanya, bagaimana mula nya sistem pendidikan kita diperkenalkan ? Hari ini kita akan memperkenalkan seorang tokoh pendidikan awal kanak-kanak yang mempunyai sistem pendidikan dan telah diaplikasikan di negara Malaysia. Siapa kah beliau??

        Friedrich Froebel dilahirkan pada tanggal 21 April 1782. Beliau merupakan seorang tenaga pengajar yang berasal daripada Jerman. Beliau merupakan pengasas kepada sistem pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai sekolah tadika. Beliau merupakan anak bungsu daripada enam adik-beradik, ayahnya merupakan seorang paderi dan ibunya telah lama meninggal sejak usia beliau 9 bulan. 

Beliau seorang tenaga pengajar yang sangat teguh dengan pegangan agama sehingga meletakkan tanggungjawab mendidik sebagai sebahagian daripada tugas keagamaan. Beliau juga menyelitkan beberapa pengaruh keagamaan dalam prinsip sistem pembelajaran awal kanak-kanak. Beliau mula memperkenalkan konsep pembelajaran tadika setelah menghadiri latihan parktikal di antara tahun 1808 dan 1810 yang dikendalikan oleh John Pestalozzi. Menurut teori Betalozzi, prinsip asas pendidikan ialah mengamati suasana sekolah sebagai suasana yang sesuai untuk belajar, menekankan aturan semula jadi dan objek pembelajaran. Froebel tidak bersetuju dengan teori tersebut kerana menurut beliau teori tersebut tidak ada unsur keagamaan. Sebagai seorang yang kuat beragama, beliau percaya bahawa agama memainkan peranan dalam pendidikan terutama pada peringkat awal pendidikan. 

 


Kaedah Pembelajaran Froebel

Falsafah pendidikan yang diilhamkan oleh Froebel mempunyai empat prinsip utama. Iaitu kebebasan dalam ekspresi diri, kreativiti, penglibatan sosial dan terakhir ialah ekspresi motor. Beliau lebih memfokuskan keperluan kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Froebel membayangkan tempat di mana kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun perlu dipupuk dan dilindungi daripada pengaruh negative luar.

            Sebelum melaksanakan sistem pendidikan ini di sekolah, beliau terlebih dahulu melakukan ke atas ahli keluarga sendiri. Walaubagaimanapun, hal ini menjadi permintaan untuk penyediaan penjagaan dan pembangunan kanak-kanak di luar rumah. Pada Tahun 1840, beliau mencipta istilah tadika sebagai institusi tempat bermain dan beraktiviti yan beliau temui pada tahun 1837 dengan menekankan kaedah bermain yang melibatkan aktiviti permainan, menyanyi, bercerita, seni dan kraf tangan yang mampu untuk merangsang imaginasi kanak-kanak sekaligus membentuk pembangunan fizikal kanak-kanak untuk lebih aktif dan menonjolkan kemahiran dalam pembelajaran.

            Beliau merasakan bahawa tujuan kanak-kanak dalam pendidikan adalah untuk menggalakkan kanak-kanak dan sebagai kesedaran dalam membimbing mereka sebagai manusia sejagat. Kanak-kanak perlu berfikir dan merasakan melalui cara yang mewakili kesucian dan kesempurnaan mengikut hukum batin melalui pilihan mereka sendiri. Pendidikan untuk beliau ialah kaedah untuk mencapai matlamat yang diperlukan dalam kehidupan.

            Froebel percaya bahawa manusia merupakan makhluk yang kreatif dan produktif dalam memenuhi keperluan hidup seiring dengan pembangunan harmoni dengan Tuhan dan dunia. Permulaan pendidikan menekankan kaedah kerja praktikal dan penggunaan bahan dan peralatan untuk belajar. Melalui pendedahan kepada dunia luar, kefahaman kanak-kanak terhadap perihal dunia dapat terungkap. Beliau juga percaya bahawa kepentingan kanak-kanak untuk bermain adalah proses pembelajaran yang kreatif.

            Selain itu, bermain menurut Froebel dapat mengembangkan dan membangun tahap intelektual , sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Beliau percaya bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah bermula sejak lahir lagi. Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam pertumbuhan pendidikan kanak-kanak. ‘Bermain adalah cerminan diri’, yang akan membawa kepada disiplin diri dan juga menghormati undang-undang dan perintah.

            Beliau telah mencipta bahan pembelajaran yang dikenali sebagai saguhati atau hadiah yang mempunyai konsep berperingkat mengikut tahap permainan yang semakin meningkat dan juga aktivit permainan yang menggunakan kemahiran berfikir, serta permainan yang memperkenalkan bidang pekerjaan kepada kanak-kanak juga permainan yang memerlukan aktivit bergerak seperti bersukan. “Gift” adalah objek yang dicipta oleh Froebel berbentuk permainan blok. Tujuan permainan tersebut dicipta adalah supaya kanak-kanak dapat belajar konsep asas mewakili blok tersebut dan mereka perlu menunjukkan kreativiti melalui permainan tersebut. Permainan yang berunsurkan pekerjaan akan memberi kebebasan kepada kanak-kanak yang mengandungi peralatan yang dapat dibentuk dan dimanupulasi oleh kanak-kanak seperti tanah liat.

            Johnn Friedrich Herbart  merupakan kontemporari daripada Froebel dan seorang lelaki Jerman , tetapi dia tidak boleh diletakkan dalam teori pedagogon. Sepanjang hidupnya, sistem falsafah “realisme” tidak mendapat galakan, hanya selepas separuh abad ke 19, hasil teori tersebut memberikan kepentingan dalam pendidikan. Beliau dianggap sebagai salah seorang pengasas teori pedagogi dengan menyuntikkan metafizik dan psikologi ke dalam pembelajaran tentang kaedah proses belajar seseorang.

            Apabila pendekatan teori Froebel digunakan dalam pendidikan, guru dilihat hanya sebagai pemerhati. Justeru, guru memainkan peranan sebagai pusat untuk kanak-kanak mendapatkan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Guru akan berperanan sebagai sahabat dan menjadi seorang yang mesra, senang didekati dan turut melibatkan diri dalam setiap aktiviti kanak-kanak serta seorang yang boleh dipercayai agar pelajar senang untuk berkongsi masalah mereka. Froebel percaya bahawa pendidik perlu mewujudkan persekitaran fizikal di dalam dan di luar rumah. Dia menunjukkan betapa pentingnya untuk kanak-kanak belajar tanpa tekanan luar dari pendidik. Orang yang kita temui, persekitaran dan atmosfera, sama pentingnyab dengan apa yang kita pelajari. Guru melakukan kerja terbaik dengan membantu kanak-kanak untuk membangun dan belajar apabila melihat apa yang mereka minat, dan apa yang mereka tunjukkan kepada pendidik bahawa mereka akan berminat untuk belajar. Ini adalah asas di mana pendidik boleh membina apa yang kanak-kanak perlukan untuk mengetahui, memahami dan belajar untuk menyertai sepenuhnya komuniti dan dunia yang lebih luas.

    Selain itu, banyak lagi tokoh pendidikan yang banyak menyumbang kepada sistem pendidikan di negara Malaysia selain Froebel. 




Comments